Monday, May 17, 2010

Latar Belakang / Background

1. PENGENALAN


1.1) Program Tugu Budaya Etnik Sabah merupakan satu program
pendidikan seni tari dan muzik di peringkat Sekolah Menengah
dan Rendah di Negeri Sabah.

1.2) Program ini akan dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah
dan Rendah seluruh Sabah secara menyeluruh.

1.3) Program ini menerapkan nilai budaya seni tari dan muzik yang
tinggi pada bengkel yang di adakan.

1.4) Program ini adalah untuk mengasah bakat dan kreativiti
peserta melalui pertandingan tahunan Program Tugu Budaya

1.5) Program Tugu Budaya mengandungi dua aktiviti utama pada
tahun 2010 iaitu Bengkel Koreografi Tarian Kreatif Tradisi
Etnik Sabah 2010 dan Pertandingan Tarian Kreatif Tradisi
Peringkat Sekolah Kali ke-2, 2010.



2. BENGKEL KOREOGRAFI TARIAN KREATIF TRADISI ETNIK SABAH 2010

OBJEKTIF

2.1) Memperkenalkan dan mempromosikan budaya etnik Sabah yang
berbagai kaum kepada Guru-guru dan kumpulan kesenian;

2.2) Melahirkan karyawan seni yang berkebolehan dikalangan guru-guru
dan pengiat seni diperingkat daerah; dan

2.3) Membantu Guru-guru dan pengiat seni menghasilkan karya seni tari
ke peringkat antarabangsa.



3. PERTANDINGAN TARIAN KREATIF TRADISI PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-2

OBJEKTIF

4.1) Menerapkan semangat cintakan Warisan Budaya Bangsa terutamanya
tarian dan muzik tradisional di peringkat akar umbi agar mereka menjadi
pemangkin dan pewaris untuk mempertahankan budaya etnik bagi setiap
suku kaum di Negeri Sabah;

4.2) Memelihara dan memulihara Budaya setiap suku kaum yang ada di negeri
Sabah dan memberi peluang kepada pelajar- pelajar sekolah menengah
dan rendah untuk mempelajari dan memahami keindahan dan keunikan
budaya setiap kaum di negeri Sabah; dan

4.4) Mengekalkan keaslian sesebuah tarian dan muzik tradisional etnik Sabah
agar tidak luput dalam arus pembangunan globalisasi.